KISAH FAUZIAH ........

Fauziah Nawi merupakan seorang, pengarah, pelakon, penyanyi, dan penari juga pernah menjadi juruhebah di RTM (1976-1995). Anak sulung dari pasangan Haji Nawi bin Mukri bersama Hajah Salmiah binti Sidek ini dilahirkan pada 28hb Jun 1953. Kakak kepada 5 adik beradik iaitu Poizi Nawi, Mustafa Fuzer Nawi, Fazidah Nawi dan Nasran Nawi ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat, Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam dan Sekolah Raja Perempuan Secondary, Ipoh Perak. Pada tahun 1971, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mengikuti arwah bapaknya yang terpaksa ditukarkan kerja dari Star Optical House(S.O.H), Ipoh ke S.O.H Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Ampang Road Girl school.
Selepas tamat menduduki Malaysian Certificate Education (MCE), beliau bekerja di kilang elektronik TEXAS Instrument, Ampang dan Italian –Thai Deveploment Corporation sebagai penterjemah dan telex operator. Beliau juga pernah bekerja di Garuda Airlines sebagai telex operator dan kerani tiket.
Bermula dengan bakat menari dan nyanyian pada umur 7 tahun di bawah bimbingan Cikgu Mariam Jamaluddin dan Pakcik Arshad di Ipoh, Perak beliau memajukan bakat diri di Kuala Lumpur dengan memasuki kumpulan tarian di 165 Jalan Ampang, Taman Budaya di bawah Kementerian Kebudayaan dan Sukan. Mempelajari seni teater dgn Ahmad Yatim dan Matari Rahman dan seni tarian bersama Seniman Negara Arwahyarhammah Khatijah Awang dan Arwahyarham Syed Manaf. Tidak setakat itu beliau juga memasuki kumpulan Seni Tari Kuala Lumpur di Kompleks Budaya Negara, Jalan Tun Ismail di bawah bimbingan Arwahyarham M.Iskandar.
Ketika beliau masih belajar di tingkatan 4 beliau meyertai Bintang RTM 1971 hingga peringkat suku akhir. Pada tahun 1973 beliau pernah menyanyi di majlis perkahwinan di Petaling Jaya bersama Arwah Tan Sri P Ramlee dengan bayaran RM40.00. Beliau juga pernah membuat persembahan di Merlin Hotel, Hong Kong bersama kumpulan Seni Tari Asli Kuala Lumpur. Dan pada tahun yang sama beliau sekali lagi memasuki Bintang RTM kategori solo sampai separuh akhir dan kategori kumpulan iaitu SUARA F bersama Uji Rashid. Di masa yang sama beliau telah meyertai kumpulan teater yang dikenali sebagai ANAK ALAM di Kompleks Budaya Negara bersama Khalid Salleh dan Omar Abdullah.
Beliau menamatkan zaman bujang bersama Arwah Haji Mohamad Hanif bin Haji Gedek pada tahun 1975 .Tahun seterusnya beliau diterima kerja sebagai pembantu penyiaran RTM yang sekarang ini dikenali seebagai DJ selama 20 tahun di BLUE Network atau Radio 4( siaran bahasa Inggeris) dan selain itu beliau juga pernah mengendalikan program Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, "Non Stop Music and Before We Say Goodnite", Radio 3 Ibu Kota - Fascinating Malaysia, dan Radio 1 - Manis-Manis Garam serta hos rancangan-rancangan hiburan kerjasama RTM dan TVRI serta berlakon dalam sitcom RTM yang popular iaitu SANTAN BERLADA. Beliau juga sering menjadi juruacara untuk upacara rasmi Negara di Parlimen dan Istana Negara.
Pada tahun yang sama beliau dikurniakan cahaya mata yang pertama pada 20 December 1976 yang diberi nama Mohd Firdaus bin Mohamad Hanif dan buah hati yang kedua bernama Siti Noor Fateha binti Mohamad Hanif pada 8hb September 1978.
1995 di mana Fauziah terpaksa menamatkan kerjayanya di RTM kerana terpaksa menjaga arwah suami dan arwah bapaknya yang sakit selepas pemergian ibu beliau pada 1995. Bermulalah detik anak kelahiran Ipoh ini menjadi pengarah dan berlakon drama bagi menampung kehidupan keluarga dan setahun selepas pemergian ibu tersayang, pergilah pula suami tersayang akibat kencing manis pada 1996. Dengan semangat yang kental beliau meneruskan perjuangan anak seni dengan membuka sebuah syarikat iaitu FAUZIAH NAWI (M) SDN.BHD. Dengan tertubuhnya syarikat ini beliau telah mengarah beberapa drama iaitu AZLINA, RM100,000.00, EGOIS, BAJU PENGANTIN KAK LONG, DI TEBING KHATULISTIWA, SAHABAT, DELIMA KEMBAR, AL-IRSYAD, MEM REZA, …..DAN OMBAK PUN REDA, DARI MAISARA UNTUK QISTINA, SENJA BUKAN MERAH, SEUTUH KUDRAT TALIAN KASIH, SEBENING ANUGERAH, DAERAH PERMAI dan TANGAN BAPAK.
1998 tahun gawat, di mana Fauziah terpaksa aktif dalam bidang lakonan drama dan teater serta arahan teater sehingga kenalan lupa yang beliau ada bakat mengarah tv atau filem.
Tahun 2000 rezeki mula berpihak kepada Fauziah, beliau mula melangkah setapak lagi dalam teater di mana Fauziah Nawi (M) Sdn.Bhd telah membuat persembahan DANCES OF WARRRIOR di Beatter Sea Art Center di London dengan kerjasama Silat Melayu UK. Pada tahun 2003 syarikat Fauziah Nawi(M) Sdn.Bhd telah menubuhkan sebuah kumpulan teater yang dikenali Sanggar Teater Fauziah Nawi dan Sanggar Teater Kanak-kanak Fauziah Nawi(STKK). Bukan hanya menghiburkan penonton, fauziah juga berkongsi bakat dan pengalaman dengan menjadi tenaga pengajar persembahan di Akademi Fantasia Musim Ke-2, Musim Ke-4 dan Musim Ke-6. Dan beliau kini adalah salah seorang juri tetap bagi rancangan realiti Raja Lawak Astro Musim ke-3. Fauziah Nawi juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Akedemi Filem Malaysia selama 2 tahun (sessi 1999/2000 dan 2000/01). Juga menjadi pensyarah jemputan di Institut Penyiaran Tun Razak (IPTAR),menjadi jurucakap jemputan untuk Badan Pencengah Rasuah dan juga merupakan salah seorang daripada panel Institut Integriti Negara yang dilantik oleh Setiausaha Negara semenjak tahun 2004.
Teater adalah tempat di mana fauziah mengasah bakat diri. Beliau pernah mengarah teater Nona-nona Kuala Lumpur, Primadona, Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana & Muzikal Tok Rimau 1, Lorong Blues, Topeng-topeng dan juga terlibat di dalam pementasan teater, di antaranya Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Pulang, Antara, Rubiah, Kasih Menanti, Opera Siti Zubaidah, Tok Perak, Members of the Club, Tali, dan Cinta Julia.
Filem pertama lakonan Fauziah adalah Super Star Bintang Pujaan( bersama Sharifah Aini), Mandala Penakluk Tartar(Indonesia), Sayang Salmah, Mawar Merah, Chermin, Red Kebaya, Senario The Movie, Berlari ke Langit, Akhirat, Malaikat Maut.Beliau turut menjadi jurulatih lakonan (acting coach) untuk dua buah filem iaitu; filem Akhirat dan filem Mek Ani. Beliau juga turut terlibat di dalam sebuah drama Jerman Blüten der Sehnsucht, Dia sebagai Namira pada tahun 2007.
Di dalam bakat suara pula, fauziah juga pernah merakamkan dua buah album di awal penglibatannya iaitu Hitam Manis Berseri (1974) dan Kasihku Kasihmu (1975). Beliau juga turut menyumbang suara kepada sebuah filem muzikal remaja Disney Channel iaitu High School Musical dan High School Musical 2 sebagai Puan Darbus dan iklan radio dan televisyen.
Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi begitu juga dengan anak-anaknya.Firdaus(Pitt Hanif) dan Siti Noor Fateha serta menantunya Farah Ahmad yang mengikuti jejak Fauziah dengan membantu beliau tetapi mereka lebih berminat bekerja di belakang takbir. Sehingga kini Fauziah masih aktif dalam lakonan tv, filem, teater. Fauziah berharap legasi seninya akan diteruskan oleh dua orang cucunya Dhia Farhana dan Mhia Farhana.


Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI)

2008 Teater Monolog Cinta Julia, Skrip Iryanda Mulia @ Stor Teater DBP
Teater Malam 7 Drama, 7 Duri, @ Setor Teater DBP
Teater Muzikal Topeng-topeng, Skrip Dato Baha Zain @ Stor Teater DBP
Teater Muzikal KLKu, Skrip Iryanda Mulia @ Panggung Bandaraya Kuala
Lumpur
2007 Teater Muzikal Lorong Blues, Skrip Fauziah Nawi @ Stor Teater DBP
2006 Teater Muzikal Kembang Layarku, Skrip Iryanda Mulia @ Taman Budaya
Kuala Lumpur
2005 Teater Muzikal Opera Ayu Cendana, Skrip Fauziah Nawi @ Dewan Sri
Pinang, Pulau Pinang
Teater Muzikal Perjalanan Bu Aminah, Skrip WS Rendra @ Istana Budaya
2004 Teater Muzikal Opera Ayu Cendana, Skrip Fauziah Nawi @ Kuala Lumpur
Teater Muzikal Tok Rimau, Skrip Iryanda Mulia @ Kuala Lumpur
Teater Muzikal Orang Kota Baru, Skrip S Othman Kelantan @ Kuala
Lumpur
2003 Teater Muzikal Opera Ayu Cendana, Skrip Fauziah Nawi
Teater Muzikal Tok Rimau, Skrip Iryanda Mulia @ Kuala Lumpur
2002 Teater Muzikal Dari Bintang ke Bintang 2, Skrip Usman Awang
Teater Muzikal Tok Rimau, Skrip Iryanda Mulia @ Kuala Lumpur
2001 Teater Muzikal Opera Ayu Cendana, Skrip Fauziah Nawi @ Kuala Lumpur
2000 Teater Muzikal Opera Ayu Cendana DBP Tour, Skrip Fauziah Nawi @ Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak & Kuala Lumpur
1999 Teater Muzikal Opera Ayu Cendana, Skrip Fauziah Nawi @ Ipoh
Teater Muzikal Perjalanan Bu Aminah, Skrip WS Rendra @ Kuala Lumpur
1998 Teater Muzikal Dari Bintang Ke Bintang, Skrip Usman Awang


Pencapaian

-Anugerah Seni Negara
-Anugerah Seri Mahkota Pahang
-Anugerah Pingat Pangkuan Negara
-Anugerah Pingat Pekerti Terpuji
-Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke-12 (Sayang
Salmah)
-Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik (Drama Mendung Tidak Berarak Lagi)
-Most Versatile Broadcaster RTM
-Mewakili Malaysia dalam Asean Teater Festival di Brunei dan Bangkok menerusi
teater Tok Perak (arahan dato’ Syed Alwi) dan Antara (arahan Dr. Zainal Latiff).
-2001 Terpilih ke Bengkel Pengurusan Seni di Korea Selatan (Kememterian
Kebudayaan dan Pelancongan)
-1986 Terpilih menyertai 21st Century Friendship Program anjuran kerajaan
Jepun
-1991 Membuah persembahan Dramatari Merong Mahawangsa di Tokyo


Monday, February 16, 2009

UJIBAKAT TEATER MAHSURI

Ujibakat mencari pelakon untuk pementasan teater Mahsuri arahan Fauziah Nawi yang akan dipersembahkan di Istana Budaya pada April 2009.

Tarikh : 21 dan 22 Februari 2009
Masa : 10pg - 5 ptg
Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur

Berkebolehan dalam lakonan, nyanyian dan tarian
Latihan akan dimulakan pada Mac 2009.
Maklumat lanjut sila hubungi Farah (012-6170697)

No comments: